BALIK PULAU, 24 MEI: Dua rumah dan sebuah reban burung puyuh di Jalan Kampung Genting, Kampung Genting di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
IPOH, 20 MEI: Seorang pemandu lori treler maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga lori dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 366 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Slim River, malam tadi.
BANDAR PERMAISURI, 16 MEI: Seorang penuntut lelaki Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras manakala enam rakannya berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Lata Payung di sini petang tadi.
MELAKA, 16 MEI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Rumput, Krubong, di sini, hari ini.
TELUK INTAN, 16 MEI: Tergamam - itu reaksi Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Fazli Shahril Che Ad sejurus tiba di lokasi kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di sini, Selasa lepas.
BANDAR PERMAISURI, 12 MEI: Kegembiraan lapan sekawan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memanfaatkan cuti umum dengan mandi di Lata Changkah bertukar tragedi apabila seorang daripadanya lemas.
KUALA LUMPUR, 11 MEI: Sebanyak 18 individu termasuk tujuh kanak-kanak menghadapi detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air ketika sedang beriadah di Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor, petang tadi.
KUANTAN, 10 MEI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas di muara Sungai Balok di sini ketika berkelah bersama keluarganya petang tadi.
BUKIT MERTAJAM, 10 MEI: Tiga pekerja warga asing melecur di beberapa bahagian badan dalam kebakaran gudang yang menyimpan cat serta pelarut di Jalan Permatang Tinggi, Simpang Ampat di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Mayat bayi yang masih belum dikenal pasti jantina ditemukan terapung di sebatang sungai di belakang sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini hari ini.
MELAKA, 7 MEI: Seorang buruh warga Myanmar maut akibat tersepit dalam mesin pam pasir di sebuah tapak projek perumahan di Pulau Gadong, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Sebuah blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, di sini yang menempatkan kira-kira 91 pelajar lelaki, terbakar dalam kejadian malam tadi.
SHAH ALAM, 24 APRIL: Sebuah gudang kertas dan bahan kimia di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Barat, Klang dekat sini terbakar dalam kejadian pagi ini.
SEREMBAN, 22 APRIL: Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menerima 16 anjing baharu dari United Kingdom (UK) pada tahun ini berjumlah RM2.4 juta, kata Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad.
JASIN, 12 APRIL: Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memberikan bantuan bagi melepaskan jari seorang wanita bersama anaknya berumur enam tahun, yang tersepit rantai basikal di Taman Merlimau Permai di sini hari ini.
SHAH ALAM, 11 APRIL: Kira-kira 10 buah rumah di Taman Sri Jaya, Jalan Meru, Klang dilanda banjir kilat awal pagi tadi berikutan hujan lebat yang menyebabkan air naik sehingga paras dua kaki (kira-kira 0.61 meter).
KUALA LUMPUR, 7 APRIL: "Kami perlu berhati-hati dalam setiap langkah.
KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Kerja-kerja penilaian akhir fizikal bagi kediaman terjejas insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya telah selesai.
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Kerja-kerja penilaian akhir keselamatan di kawasan kawah kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights, dijangka selesai esok.
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Hanya kediaman yang mengalami kerosakan kurang daripada 20 peratus dalam insiden kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya akan dibenarkan untuk dihuni kembali bagi menjamin keselamatan penghuninya.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.